BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 28, 2010

Dugaan dalam hidup adalah suatu lumrah

assalamualaikum=-)..
hm.... hatiku masih lagi tercari2 makna teman yg sejati.,
dikala ku anggap seseorng itu sebagai sahabatku dikala itu jualah berbagai2 cubaan yg melanda dirikuini.
knpe?
knpe?
knp?
haa......
dlm aku termenung keseorangan, aku brfikir,,ohh....
smua ini hanyalah dugaan buat diriku,.sesungguh nya Allah S.W.T ingin menguji kekuatan serta keteguhan hati ku tatkala aku menyemai rasa kasih dan sayangku pada sahabat2 ku smua..
dikala malam menemaniku, hatiku mula terusik 'mcm manakah keadaan teman2ku sekarang??' aku brfkir lagi..'adakah aku telah mlukai hati teman2ku hari ini??'..walaupun aku xpasti tetapi hatiku tetap berasa tidak tenang..
tatkala itu jualah aku mula melangkah untuk bertemu kekasih hatiku (ALLAH S.W.T) .. hanya ALLAH S.W.T yg dapat mendengar serta memahami isi hatiku ini..
hanya DIA yg dapat menenangkan rasa kekalutan dihatiku ini..
Oh Ya ALLAH,, kupohon supaya jangan dipalingkan hatiku dari merasa nikmat cintaMU..hanya kepadaMU aku berserah segalanya..ku hanya dapat berusaha sedaya upayaku tetapi ENGKAU jualah yg menentukan segalanya.. aku telah bertekad dihatiku ini,
aku hanya ingin mencintai Allah S.W.T dan kasih kepada semua yg dekat dengan Allah S.W.T .. Tidak akan ku kongsi rasa cintaku ini kepada seseorang yg xberhak ke atas diriku ini..
sehingga tiba saat dimana jodohku diketemukan oleh Allah S.W.T ..
=-)..
mungkin bagi sesetengah org berkata tentang diriku ini 'elehh... cakap jer lebih.poyo...aku xpercaya la ckp ko..' haaa...=-)..
xpe,, semua tu aku xkisah pun..
bagiku, semua itu xkan kekal lama..hanya di dunia ini saja..
lagipun,
sampai bila manusia akan terus bertahan untuk berkat tentang kita????
haa......
sebab tu la ku xkisah walau apa pun yg org ckp...melainkn untuk nasihat=) ..
'orang2 yg hanya pandai bercakap tetapi bila disuruh untuk buat?? mengelak la pulak.....ape nk jadi dengan manusia zaman sekarang¬¬'
haa.....kalu nk bercerita nie, memang mcm2 boley....=-)..tp, xbest la kalau asyik bercerita saja kn....kn...ku lebih suka berfikir dari terus brkata2=-)..
k lah... rasa nya cukup untuk kali..insyaallah.... kalau diberi kesempatan lagi, akn ku terus melakar sebuah kehidupan siber ini=-).. asslamualaikum...

Saturday, January 9, 2010

Harga Sebuah Cinta=-).. Terdetik diHatiku,,

Oh indahnya cinta,
Berkenalan dengannya pasti membuatkan seorang insan berasa dirinya agung,
Anugerah yang merupakan lengkapan azali untuk sebuah kehidupan.
Dengan cinta, kita belajar mengenal perasaan, kita belajar mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar.
Cinta juga membawa manusia kepada sebuah kemuncak keindahan.
Ketinggian taraf sebuah cinta tiada bandingan.
Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya.
Kita dianugerahkan dengan nilai sebuah kasih-sayang juga kerana telah ditetapkan oleh Nya.
Bermula dengan perasaan kasih, menyemai sebuah ikatan ukhwah, dan seterusnya menguntumkan bunga-bunga cinta. Oh, alangkah indahnya.
Tapi, kadangkala cinta membuatkan kita lalai, lupa pada hakikat sebenar makna sebuah cinta.
Kita lelap dipangkuan dan belaian cinta. Kita tewas dengan alunan-alunan rentak kemungkaran. Semuanya berlaku kerana kita belum punya Cinta Yang Maha Esa.
Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia, juga bukan letaknya pada hebat cinta seorang insan.
tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung.
Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan.
jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta. Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta. Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah. Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan. Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah. Dialah adalah tuan empunya segala cinta. Dia juga takan abaikan semua hamba-hambaNya.

The Beginning and The Ending of Our Day =-)..

Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Thursday, January 7, 2010

Aku Termenung~~=-)

tau x lagu nie??entah kenapa aku suke sgt dgn lirik nyer.=)

Unic : Bisikan Malam

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

Tuesday, January 5, 2010

Aku B`fikir Sejenak

assalamualaikum......=-)
hhmmmmmm~~~~~..
spatutnye hari nie, adalah hari yg teng buat ku, tp..
ade sorg hamba Allah S.W.T nie yg m`buatkn akal ku b`fikir sejenak...(mcm mne nk ckp ek??)
..mm..aku b`sama sorg budk nie bcerita...based on that story yg hamba allah nie crita kn,aku trasa sedih sgt.....bukan ape,,cubela kita fikir, bila kita ada masalah, sepatut nyer kite kmbali rujuk pada Allah S.W.T kn.?kn? haa...hanya Allah S.W.T yg faham isi hati kita...hanya Allah S.W.T yg dapat temani diri kita setiap masa=-)..
point nyer is ape jer yg t`jadi dalam hidup kite, kite mst kembali pada Allah S.W.T yg SATU..hanya DIA yg dapat bantu kite..ingatlah,,sekiranya kita dapat miliki cinta-NYA ,SUBHANALLAH~~~~~~~ pasti kita akan dijaga di dunia n juga di akhirat=-)..cinta di dunia hanya disini tp, cinta di Akhirat akn kekal abadi=-)..
>>impianku hanya ingin menemukan cinta yg sejati iaitu cinta ILAHI=-)..aminnnnn~~~~~

Saturday, January 2, 2010

Syukur pada-Mu Ya ALLAH..=-)

hmm..
hari yg tenang buatku=-)..alhamdulillah~~~~
aku terasa bagai ada suatu ketenangan dlm hatiku ini..
xdpt nk digmbarkan dgn kata-kata.. sesungguhnya,
aku bersyukur padaMu Ya Allah.
ku hrap dibukakan pintu hatiku ini seluas-luasnya utk cinta-MU..
aku hanya ingin merasai keihlasan cinta dengan-MU Ya Allah..
Hadirkan lah cinta yg sejati dlm hatiku ini..
agar hatiku dekat pada-Mu Ya Allah..
Ya Allah, sekiranya hidupku ini adalah melalui landasan yg salah,
pimpimlah hatiku serta jasadku ke arah kebenaran..
Ya Allah,,sekiranya hidupku ini melalui landasan kejayaan,,
iringilah kejayaanku bersama-sama kejayaan teman-temanku..
sama ada didunia serta di akhirat seperti yg telah dijanjikan MU Ya Allah..=-)
Ya Allah,sungguhnya diriku ini penuh dengan dosa2..ampunilah dosa2 ku setiap masa..
kuharapkan keampunan dari-MU Ya Allah..jangnlah ENGKAU palingkan wajahku daripada cahaya serta rahmat-MU Ya Allah..~~~AMINNN~~~~~

SUTERA KASIH

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Friday, January 1, 2010

Nur itu cahaya, yang menyinari.. dalam kegelapan..


Ya Allah, aarlah jiwaku untuk terbang tinggi supaya ia bencikan sesuatu yang remeh, ajarlah jiwaku erti kemuliaan agar ia bencikan kehinaan. Berilah peluang jiwaku merasai kelazatan rohani yang agung, nescaya ia bencikan kelazatan kecil yang sementara.

Cantik wajah pada nur iman, cantik tubuh pada mulia akhlak, cantik lisan pada iklas bicara, cantik minda pada dalam ilmu, cantik jiwa pada teguh taqwa, cantik ruh pada semuanya!

Ya ALLAH,,,,
dengan izinmu,
telah banyak yang aku lalui,
hingga pernah resah jiwa ini,
hingga pernah resah hati ini,
cinta dunia pernah merantai hati,
walau tak pernah ku zahiri,
dalam sederap langkah perjalananku,

jika dulu telah kau izinkan,
aku merasai kahangatan kasih dalam alpa,
jika dulu engkau benarkan,
aku menikmati rindu hawa kepada adam,
jika dulu engkau biarkan,
aku di dalam bahagia yg sementara,
cukuplah wahai tuhanku..

kerana di sebalik semua itu,
aku pernah kehilangan cintamu,
pernah gersang jiwaku,
pernah tandus imanku,
derita itu merobek ketenanganku,
hatiku yang retak semakin retak,
solatku tiada lagi khusyuknya,
rukukku tiada lagi ikhlasnya,
sujudku bersama fikiran yang melayan entah ke mana,
tahajjudku sudah tiada serinya,
munajatku sudah hilang air mata,
imanku longlai untuk berkata kata,

dan YA ALLAH,,
setelah semua itu aku lalui,
dengan penuh susah payah,
ku gagahi jua langkah lemah ini,
berbekal harapan yang tidak pernah mati,
akhirnya ku temui cintamu yang haqiqi,
bahagia dan ketenangan abadi,,

bersama setiap sedutan nafas,
beriramalah tasbih,tahmid dan takbir,
hati ini bahagia mengingatimu,
hati ini derita dan sengsara bila melupaimu,
engkaulah kekasih dan cinta hatiku,
sekalipun tidak,
aku berasa kecewa kerana di kecewakan,
bahkan hatiku yang retak kembali pulih,
hatiku yang merana kembali damai,
hatiku yang sirna kembali menyinar,

syukurku padamu tuhan,
atas segala nikmat kurniaan,
nikmat rasa cinta yg cuma sedikit padamu ini,
jangan engkau lenyapkan,
jangan engkau kuburkan,
tapi,,
suburkanlah cintaku padamu tuhan,
biarkan hati ini,
terus mengharap,bergantung dan berpaut padamu,

kurniakan padaku sekeping hati yang kuat,
agar aku terus hidup dalam cahayamu.......
selamanya,,....Aminn~~~




Bismillahirrahmaanirrahim..


On 1/1/2010, i have created this blog specialize for me and all my friends wherever they are. Lets share our knowledge here.. i just want to share what i have learned since being IIUM student=-) .. Proud to be here!! Sincerely, syukur pada-MU Ya ALLAH..Engkau telah membuka jalan ilmu bagiku. Dulu, ku memang tak pernah sedar akan pentingnya ilmu dalam kehidupan. Yang ku tau, just belajar untuk pass exam.itu jerr...Astagfirullahal`azim~~~ tp,,telah t`jadi something dalam hidupku pada suatu hari yg membuatkanku sedar akan kepentingan ilmu. Mulai saat itu, ku berazam untuk mencari ilmu sebanyak yg mungkin untuk diri ini and masa depan. Tak kisah la ilmu ape-ape pun..yang penting,ILMU.. Niat dihati inginkan keamanan erta kejayaan di dunia dan kebahagiaan di AKHIRAT kelak=-).. Niat dan usaha tu yg penting.. Ku cuba sedaya upaya untuk seimbangkan antara carian ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi.. InsyaAllah... =-) Knowledge Is Everything, Without Knowlege We Are NOTHING. Salam persaudaraan..