Tenang..
Lembutnya kalimah indah..
Tuturan cinta berbunga hikmah..
Aku terpesona..
Keramat apa bermain disana??
Susunan manis alunan suara..
Dayuan pujukan kepada PENCIPTA..
Aku bertanya..
Andai kita ini manusia..
Katanya dicipta dengan segala..
Mata hati.. serta dunia..
Luasnya dicipta untuk kita..
Bersama..
Memecah tradisi lama..
Kenapa??
Tatkala gendang dipukul..
Alunan merdu mendayu..
Gemersik suara si ibu..
Harapan si ibu hanya satu..
Manusia ini,
Dicipta asasnya untuk bersatu..
Aku terpaku membisu....
Kuatkah kita jika bersama??
Aku tidak nampak zat kelebihannya..
Tertawa sedih melitupi muka..
Gila...
Itu bukan cara kita..
Manusia ini..
KataNYA punyai kuasa..
Cerminan indah dimata semua..
Aku percaya..
Yakinnya aku tidak disia..
Kekuatan kita adalah bersama..
Jatuh bangun kita semua..
Hanyalah untuk mencari rahmatNYA..
Sehingga hujung dunia..
Kita bersama..
Melangkah berkongsi nikmat dunia..
Kebaikan itu kita semua..
Kasihnya kita kerana NYA..
Tidak terpisah dek dunia sementara..
Jika kita mengerti makna cinta..
Erti kata penyair si buta..
Melihat bukan pada dunia..
Semata..
Tutupnya dunia hatinya terbuka..
Alhamdulillah..
Kita bersama..
Menuju ke arah yang sama..
SYURGA disana..
::Manusia ini hebat..andai diukir dari sudut Sang PENCIPTA::
Thursday, January 31, 2013
Melangkah Bersama
Posted by ~TaH!R~ at 10:00 AM 0 comments
Sunday, January 6, 2013
Wahai Dunia
Hari yang nyaman. Aku merasa
tiada tekanan. Sedangku mendagu di ruang jendela,hati ini tiba-tiba berdebar..
Terlintas ditingkap mindaku. Wajah ibu dan ayah ku.
Senyuman mereka..
Seperti cahaya purnama dimalam
yang cerah..
Kasihnya mereka..
Seperti mentari menyuluh alam
nyata.
Aduhh…. Aku rindukan kampung
halaman..
Pokok-pokok bunga..
Jalan-jalan kecil yang
berturap..
Sungai..
Air yang mengalir tiada
hujungnya..
Aku mula berfikir..
Bagaimanakah hidup
manusia-manusia diluar sana?
Aku disini, menghirup udara
nyaman..
Mereka disana menghirup udara
yang bagaimana?
Nyamankah?
Tenangkah hari-hari mereka?
Aku melihat pokok-pokok hijau
disini.
Tempat dimana aku sedang
belajar..
Tetapi,
Bagaimana dengan mereka diluar
sana?
Hijaukah pokok-pokok mereka?
Suburkah tumbuh-tumbuhan
mereka?
Andai peluru itu merata..
Tangisan mereka riak bersuara..
Bergetar nadanya..
Menggigil badan mereka..
Aku disini hidup dengan ceria..
Mereka disana cerianya
berbeza..
Aku melakar warna dunia..
Mereka melakar nyawa semata..
Oh! Dunia..
Adilkah andai aku berkata,
Manusia ini bukan segala?
Atau, mereka juga punyai rasa..
Rasa aku, kita dan mereka..
Deria yang sama..
Mulut, mata mahupun telinga..
Segala anggota..
Sama geraknya..
Tapi Dunia…
Kenapa manusia tidak pula
bersama?
Dimana silapnya?
Manusia ataupun dunia?
Dunia semakin tua..
Menggigil tatkala bertemu Sang
PENCIPTA..
Bagaimana pula dengan manusia?
Berhala..
Tidak punya arah yang nyata..
Andai kupunyai kuasa..
Ingin ku ubah warna dunia..
Seceria warna pelangi bercahaya..
Alam subur cucuran Rahmat-NYA..
Ciptaan-NYA..
Tiada prasangka..
Bertemu kita dengan Sang EMPUNYA..
Masih lagi mendabik dada?
Dimana malunya kita?
DIA memberi, kita menerima..
Kita tidak punyai kuasa..
Hanya cebisan ni`mat..
Kita sudah gila?
Jangan dikata sebegitu rupa..
Aku manusia..
Kamu manusia..
Kita bersama..
Seiring dengan dunia..
Kepada Sang Pencipta..
Kita menyatakan rasa..
Syukur, kasih mahupun cinta..
Rasa kita ini nyata..
Nyawa kita amat berharga..
Hilangnya dalam sekelip mata..
Sebelum dunia ini berkata..
Kita manusia bisa bersama..
Bersama-sama..
Menuju kepada Sang Pencipta..
Menanti penghujungya..
Semoga impian kita,
Impian yang nyata.
Posted by ~TaH!R~ at 10:36 PM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)
