BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 31, 2013

Melangkah Bersama

Tenang..
Lembutnya kalimah indah..
Tuturan cinta berbunga hikmah..

Aku terpesona..
Keramat apa bermain disana??
Susunan manis alunan suara..
Dayuan pujukan kepada PENCIPTA..

Aku bertanya..
Andai kita ini manusia..
Katanya dicipta dengan segala..
Mata hati.. serta dunia..
Luasnya dicipta untuk kita..
Bersama..
Memecah tradisi lama..
Kenapa??

Tatkala gendang dipukul..
Alunan merdu mendayu..
Gemersik suara si ibu..
Harapan si ibu hanya satu..
Manusia ini,
Dicipta asasnya untuk bersatu..

Aku terpaku membisu....

Kuatkah kita jika bersama??
Aku tidak nampak zat kelebihannya..
Tertawa sedih melitupi muka..

Gila...
Itu bukan cara kita..

Manusia ini..
KataNYA punyai kuasa..
Cerminan indah dimata semua..
Aku percaya..
Yakinnya aku tidak disia..
Kekuatan kita adalah bersama..
Jatuh bangun kita semua..
Hanyalah untuk mencari rahmatNYA..
Sehingga hujung dunia..

Kita bersama..
Melangkah berkongsi nikmat dunia..
Kebaikan itu kita semua..
Kasihnya kita kerana NYA..
Tidak terpisah dek dunia sementara..

Jika kita mengerti makna cinta..
Erti kata penyair si buta..
Melihat bukan pada dunia..
Semata..
Tutupnya dunia hatinya terbuka..
Alhamdulillah..
Kita bersama..
Menuju ke arah yang sama..
SYURGA disana..

::Manusia ini hebat..andai diukir dari sudut Sang PENCIPTA::

0 comments: