Assalamualaikum W.B.T ..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memanjangkan umurku serta umat islam di seluru dunia.. Semoga diberikan ketetapan iman serta taqwa dalam hati ini.. Amiinn...
Kadang-kadang kita terfikir, "kenapa la aku rasa xtenang je ni?? kenapa la aku suka marah-marah??..kenapa aku jadi macam ni~~?? Kenapa mesti aku yang kena hadapi semua ni?? Kenapa??Kenapa??Kenapa?? Allah ni memang tak adil.!!"
Astagfirullahal`azimm~~~~ saudara-sadara seagama denganku sekalian..Sedarlah..Sedarlah.. Kita ni hidup menumpang saja..tidak lebih dan tidak kurang...Kita sepatutnya bersyukur kerana hidup sebagai seorang yang beragama ISLAM. Itulah NIKMAT yang paling besar dalam hidup kita!! kenapa mesti kita nak meminta-minta lagi??kenapa dan terus kenapa?? tidakkah kita malu dengan sikap minta-meminta? malu tak? sepatutnya kita malu.... Allah S.W.T mencipta manusia dengan sesempurna ciptaan-Nya ..diberikan akal untuk berfikir. Menentukan sesuatu yang baik mahupun yang buruk. Allah S.W.T telah berikan kita segalanya..berfikirlah wahai saudara-saudaraku sekalian..
Akal itu untuk berfikir. Subhanallah~~~ sungguh besar kurniaan Allah S.W.T kepada kita ...tapi, kenapa kita masih lagi ingkar?? tidak cukup puaskah kita dengan nikmat yang kita ada? cuba kita fikir-fikirkan,:
1. Kenapa Allah S.W.T ciptakan kita didunia ini?
2. Kenapa Islam itu dikatakan sebagai teras hidup kehidupan?
3. Kenapa Al-Quran dan As-Sunnah itu mesti kita amalkan?
1. Kenapa Allah S.W.T ciptakan kita didunia ini?
(Alah....... everyone know why we are created.) memang la semua orang tahu akan tugas kita dimuka bumi ini. (i write this not because to show off myself but as a reminder to who want to believe it).. May Allah S.W.T bless us always.=-) Amiin.... kita hanya menumpang didunia ini. Sepatutnya kita menjaga ia dengan sepenuh hati kita. Bak kata pepatah, "Orang memberi, Kita merasa, Orang berbudi, Kita berbahasa" ..hmm..cuba kita perluaskan pemikiran kita. Kita fikir dari aspek yang positif (dari perspektif Islam). Memang sepatutnya kita berjasa kepada bumi ini bahkan juga kepada Allah S.W.T, iaitu Al-Khaliq. Dialah yang menciptakan diri kita ini. Tapi..ada mulut yang berkata "macam mana kita nak berbakti?"
Haa...sebab itulah kita diwajibkan menuntut ilmu..bukan sahaja ilmu duniawi bahkan juga ilmu ukhrawi.(semoga kita diberikan jalan kejayaan.Amiin..) ..bila bercakap soal ilmu, ada berbagai-bagai ilmu. Nak dimudahkan, ilmu dunia dan ilmu akhirat. Bagi sesetengah manusia, hanya pentingkan ilmu duniawi sahaja. Sehinggakan mereka menghalalkan yang haram hanya kerana ingin mengejar cita-cita mereka. Bagi mereka, akhirat itu kurang@tidak penting kerana mereka adalah umat islam. Pada pemikiran mereka, umat islam akan dimasukkan kedalam syurga akhirnya. Betulkah??? mari kita fikir, dan ada juga manusia yang hanya beribadat kepada Allah S.W.T sepenuh masa sehinggakan dia menolak kehidupan dunia 100% . Ada mulut berkata "salah ka?? bukankah tugas kita memang untuk beribadat??" ..hmmm...Ya. Memang betul apa yang dikatakan itu. Tetapi bagi pandangan saya, kita sepatutnya memiliki kedua-dua jenis ilmu ini. Ilmu duniawi serta ilmu ukhrawi kerana kita dilahirkan di atas muka bumi ini dan kita sepatutnya mentadbir muka bumi ini. Serta untuk beribadat kepada Allah S.W.T . Bagaimana? haa... mari kita selami diri kita. Kita ada 24jam sehari. Kita perlulah bijak membahagikan masa kita. Imam Hasan Al-Banna pernah berkata (jika salah tolong betulkan)"Sesungguhnya masa yang kita miliki amatlah sedikit jika nak dibandingkan dengan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini" ..Ada mulut berkata "kalau tengah bekerja,macam mana nak beribadat?" ..
Ya....bagi manusia yang tidak mahu berfikir, mungkin akan bersetuju tetapi, bukankah kerja itu juga suatu ibadat? jika difikirkan lagi, zikir, kita juga boleh berzikir ketika bekerja. Dengan itu kerja yang kita lakukan akan berhasil serta mendapat keredhaan Allah S.W.T kerana niat kita bekerja hanya untuk Allah yang Esa. Kita sepatutnya mentadbir bumi yang penuh berkat ini dengan ilmu-ilmu Allah S.W.T ..Dengan itu, dapatlah kita hidup dalam keadaan yang harmoni dan damai sentiasa.
2. Kenapa Islam Itu Dikatakan Sebagai Teras Dalam Kehidupan?
Hmmm.... Ada mulut berkata "kenapa ye? kenapa mesti islam? habis tuu..........yang lain-lain pula?" sahabat-sahabatku sekalian, kenapa mesti islam? mestilah kerana islam itu adalah satu ajaran yang diturunkan khas daripada Allah S.W.T kepada kita sebagai khalifah(sebaik-baik makhluk dimuka bumi ini..) Allah S.W.T yang menciptakan kita dimuka bumi ini. Muka bumi ini adalah milik Allah S.W.T yang mutlak!! Tiada kompromi~~~~ =-) Tidak sepatutnya kita menutup sebelah mata sahaja dengan segala nikmat yang telah kita kecapi selama ini. Tidak cukupkah?! Susah sangat ke nak bersyukur? susah sangat ke islam ni? "Susah laa~ itu xley buat..ini xley buat..itu haram...ini haram...tak open-mind betul la.." ,,na`udzubillah... jahilnya seseorang itu sekiranya dia tidak mahu berfikir walaupun untuk seketika.(menurut pandangan saya sahaja..=-)) ..kenapa saya kata "JAHIL" ..?? sebab, bagi saya, manusia itu adalah sesempurna ciptaan yang Allah S.W.T jadikan. Jadi kelebihan manusia itu terletak pada akal nya. Kenapa tidak seseorang itu menggunakan akal nya untuk berfikir..merenung setiap perilaku-perilaku diatas muka bumi ini kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah nya.
Hikmah? Hikmah apa nya... dah kalau tiap-tiap hari asyik malang je. Bila bersangka baik ja, mulalah nanti itu yang jadi...ini yang jadi...kat mana hikmahnya??
haa.... sahabat-sahabatku sekalian,. hikmah..bagi saya, hikmah yang Allah S.W.T hadirkan dalam tiap-tiap suatu perkara itu adalah berbeza. Tidak semestinya hikmah itu hanya akan kita sedari dengan penglihatan mata kasar sahaja bahkan juga hikmah akan dapat kita lihat serta rasai kehadirannya(hikmah dari Allah S.W.T)dengan membuka mata hati kita. Pandanglah dengan mata hati nescaya kita akan dapat lihat segala kebenaran diatas tiap-tiap yang berlaku. Ada mulut berkata lagi "tipulah...mana boleh nampak kalau tengok dengan hati. Hati mana ada mata.." ..itulah.....gunakan lah akal yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita...
maksud melihat dengan mat hati tu maksudnya melihat segala kebaikan yang berkaitan dengan sesuatu kejadian. Sebagai contoh , dihadirkan seseorang dalam hidup kita. Seseorang yang suka mengumpat tentang diri kita sehinggakan membuka ke`aiban kita. Apa perasaan kita? pada umumnya, mestilah kita akan berasa marah...sedih...malu... tetapi, cuba kita pandang dari sudut yang positif.kenapa mesti positif? sebab, kita ini umat islam. Umat yang mulia. Umat yang menjaga tutur kata serta peradabannya. Islam penuh dengan kemanisan..kesyahduan..lentok habis!! =-) haa..kita mestilah berfikiran positif. Ok, kembali kepada contoh tadi. Sudut positif, mungkin Allah S.W.T hadirkan kepada kita seseorang yang sebegitu rupa adalah untuk membetulkan tingkah laku kita. Mungkin Allah S.W.T inginkan sesuatu yang lebih baik buat kita. Macam mana tu? Senang sahaja..... Umumnya, apabila kita ditimpa kesusahan kita akan berasa sedih..tertekan..geram..malu..dan bermacam-macam dugaan lain yang menimpa. Kita akan mulakan langkah-langkah bijak untuk mencari ketenangan. Kita akan selalu ingat pada Allah S.W.T ..memohon agar sentiasa diberikan kesabaran serta perlindungan didunia mahupun diakhirat kelak. Semakin hebat dugaan yang kita lalui, semakin dekatlah kita dengan Allah S.W.T.. Tanpa kita sedari, sebenarnya hati kita telahpun bergerak melangkah kehadapan menemui satu lagi kebenaran dalam ISLAM iaitu, SABAR. Sabar dalam setiap suatu kejadian, itulah islam. Sungguh suci. Sungguh mementingkan hati. Tetapi, ada mulut berkata lagi "tak dapat rasa pun?" (berbalik kepada contoh diatas) ...wahai sahabat-sahabat sekalian. Mana mungkin kita dapat melihat bahkan ingin merasa sesuatu hikmah yang terjadi sekiranya hati kita masih lagi dipenuhi dengan titik-titik hitam. Titik-titik hitam yang sentiasa ingin memalingkan wajah kita dari rahmat Allah S.W.T.. Pertama sekali, kita mestilah selalu menyucikan hati kita lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Keadaan dimana manusia lebih mementingkan dunia daripada akhirat. Cara yang paling mudah adalah dengan berzikir.=-) Berzikir adalah suatu aktiviti yang paling menyeronokkan. Antara nya, sekiranya kita inginkan ketenangan serta dari Allah S.W.T. , maka banyakkanlah menyebut Ya Ghapur ..selain itu, amalkan menyebut Ya Hakam..nescaya hati kita akan dipenuhi dengan hikmah-hikmah.InshaAllah.....dan banyak lagi zikir-zikir yang boleh kita amalkan sebagai umat islam..
Sungguh mudah islam ini. Janganlah kita menyempitkan pemikiran kita dengan pengetahuan-pengetahuan yang tidak akan memajukan diri kita ini. Hadirkanlah hati kita bersama-sama dengan islam agar kita sentiasa dapat merasai kemanisan iman itu.
Sunday, June 20, 2010
Berzikir itu satu ketenangan
Posted by ~TaH!R~ at 9:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment